Tuesday, March 13, 2012

umur dh meningkat....

Assalamualaikum...

semalam genap umurku 29 tahun..pejam celik pejam celik dh tua dah aku...mcm2 je yang berlaku yang tersirat mahupun yang tersurat..harap2 aku tabah menghadapi nya...to my lovely husband love u so much n thanks Allah for giving me the best husband yakni anugerah yang tak ternilai yang mana telah berkongsi segala2nya dan memahami ku seadanya...to my family, love u all kerana sentiasa bersama2 dan mengekalkan semangat kekeluargaan bagi meneruskan warisan kekitaan yang wujud..moga kita sentiasa dilindungi Allah selalu....Allah maha Penyayang lagi maha mengasihani., tidak lupa juga sahabat handai yang sentiasa support dari belakang moga Allah memberi kita pelindungan dari segala kejahatan.
Doaku mudah-mudahan rezeki menyebelahi aku tahun ini..dikurniakan anak-anak yang soleh n solehah..diberi kesihatan yang baik, di pjgkan umoku dan dilindungi Allah taala selau serta dimurahkan rezeki ku untuk ku terus berbakti dan berkongsi rezeki dengan yang memerlukan...moga juga rumahtanggaku kekal bahagia hingga aher hayat menjadi keluarga sakinah mawaddah warahmah....Amin Ya rabbalalamin....

Wednesday, January 26, 2011

SYUKUR....

Salam...



Sudah lama tidak membuat catitan di blog sendiri. Syukur di atas kurniaan Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...Aku terbaca sebuah akhbar tempatan mengenai kehidupan remaja kita yang semakin membingungkan...Nauzbillah..Sedih aku melihat sekeliling kita di mana ibu bapa bertungkus lumus mencari rezeki bahkan anak-anak mereka senang lenang menghabiskan rezeki kurniaan Allah dengan benda-benda yang tidak berfaedah...jahilnya remaja sekarang yang bergelut dengan perasaan seronok sendiri sehingga lupa akan tangunggjawab sebagai seorang anak...Tidak tahukah mereka bahawa dunia sekarang penuh dengan cabaran...cabaran yang memungkinkan mereka bertelagah dengan perasaan sendiri yang sudah hancur dek keseronokan yang dicipta sendiri sebelumnya...

Dimanakan hala tuju remaja sekarang yang bergelut dengan perasaan seronok yang melampau sehingga lupa akan dunia yang dijejaki nya???Aku lihat sekelilingku, sedih, sedih,dan sedih..sukar untuk digambarkan dengan perasaan tatkala melihat mereka sudah hilang rasa malu..hilang rasa hormat..hilang budaya sopan santun..hilang kepercayaan orang terhadap mereka...di mana hilangnya semua itu????itu semua disebabkan oleh mereka sendiri...biar mereka mencari semua itu tatkala mereka sedar akan kesilapan sendiri..akan tetapi mampukan mereka menggapai kembali yang hilang itu sekiranya mereka sedar, merangkak lah mereka mencari disebalik semak-samun yang luas yang penuh dengan sampah sarap serta lalang-lang yang tinggi...MAMPUKAH MEREKA....?????

Wahai anak muda mudi, sedarlah kamu dunia ini penuh dengan cabaran onak dan duri...dari sekarang kita didik diri sendiri dengan berlandaskan Agama berpaksikan AlQuran dan Sunnah bagi membentuk jati diri kita...

Syukurlah wahai muda mudi diatas nikmat yang Allah berikan kepada kita...gunakan sebaik-baiknya nikmat itu ke arah kebaikan bagi membentuk generasi yakni anak-anak mu yang akan terdidik oleh didikan dari mu...sedarlah n bersyukurlah...

YA ALLAH YA TUHANKU, KAU LINDUNGILAH AHLI KELUARGA KU, ANAK-ANAKBUAHKU DARI SEGALA KEJAHILAN DI MUKA BUMI MU YA ALLAH...LINDUNGI MEREKA DENGAN PAYUNG RAHMATMU..SEMOGA MEREKA MENJADI ANAK2 YANG SOLEH DAN SOLEHAH...AMIN YA RABBALALAMIN...

Sunday, June 14, 2009

apa nak jadi...

aku baca suratkhabar hari ini mengenai perasmian Kempen Penurunan Harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Syarikat Jasmin Jawahar di Lebuh India yang dirasmikan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman pada semalam 14 Jun 2009..apa yang buat aku tergerak hati untuk menulis blog ini adalah untuk menyatakan bahawa kenaikan harga barang sekarang telah menyebabkan banyak pihak terutama golongan berpendapatan rendah yang hanya bergantung kepada gaji harian ataupun kurang daripada RM 500 sebulan.

apa yang dapat kita lihat, mereka juga perlu membeli keperluan harian seperti beras, gula, sayur-sayur dan makanan lain untuk menampung makanan seharian untuk keluarga mereka. Aku berasa sedih dengan apa yang berlaku sekarang,para peniaga yang senang lenang menaikkan harga sudah berpesta dengan keuntungan yang mereka dapat setelah harga yang di jual melebihi harga asal...sedangkan mereka yang susah sedang bersedih dengan wang mereka yang semakin hari semakin sedikit...sanggupkah kita melihat rakyat kita sendiri jadi begini???di mana letaknya keperikemanusiaan yang ada pada diri kita??

aku mengharapkan pihak berwajib segera,pantas dan cepat bertindak bagi membendung pesta kenaikan harga barang yang semakin berleluasa. jangan dibiarkan rakyat menderita.....laungan Perdana Menteri patut direalisasikan iaitu "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"....jangan ambil ringan perkara sebegini...pihak yang bertanggungjawab wajib turun padang bagi menyaksikan sendiri pesta kenaikan harga barang ini...bekerjalah untuk rakyat bagi merealisasikan impian PM...

Tuesday, January 6, 2009

MERENUNG KEMBALI....

Apabila kita melihat keadaan ataupun persekitaran kita sekarang, sudah pupus budaya ataupun amalan-amalan orang lama yang penuh dengan sopan santun serta berbudi pekerti. Sebaliknya budaya barat yang merosakkan semakin menghakis remaja-remaja sekarang.

Bila saya membaca renungan(Siapa kita di mata Allah), jelas menunjukkan bahawa terang-terang masyarakat sekarang sudah lari landasan sebenarnya tujuan kita di jadikan Allah di muka bumi ini. Sebaliknya masyarakat sekarang lebih mementingkan duniawi semata-mata tanpa mempedulikan akhirat. Setiap perbuatan yang di buat mengharapkan balasa segera semata-mata tanpa ada niat ikhlas yang memuncak sebaliknya niat untuk menunjuk-nunjuk dan meminta balasan yang memuncak menutupi niat ikhlas.

Benarlah,apa yang terjadi sekarang kita tidak boleh menuding jari ke arah satu pihak sebaliknya kita tenung diri kita sendiri sama ada sudah cukup kuat kubu pertahanan kita untuk melindungi ahli keluarga kita dunia yang penuh dengan pancaroba. Marilah kita sama-sama beringat dan mempertahankan kubu keluarga kita dari segala pancaroba dunia ini. Sama-sama kita berdoa semoga kita sendiri dan ahli keluarga kita di jauh dari segala maksiat dan sentiasa berada di bawah payung rahmat dan lindingan daripada Allah SWT. AMIN....

SIAPA KITA DI MATA ALLAH

Orang yang cantik, tidak akan mengaku dirinya cantik
tetapi selalu merasa dirinya perlu banyak bersyukur
kerana kekuasaan Allah

Orang yang baik, tidak akan mengaku dirinya baik
tetapi selalu merasa dirinya perlu banyak melakukan
kebaikan (pahala)

Orang yang bijak, tidak akan mengaku dirinya bijak
tetapi selalu merasa dirinya perlu banyak belajar
dan boleh berkongsi ilmu sesama insan

Orang yang bersedekah, tidak akan mengaku dirinya bersedekah
tetapi selalu merasa dirinya perlu banyak beramal soleh
agar sedekahnya di terima tuhan

Orang yang ikhlas, tidak akan mengaku dirinya ikhlas
tetapi selalu merasa hanya Allah yang boleh menilai
segala keihklasannya

DAN YANG PALING PASTI

Orang yang soleh dan solehah, tidak akan mengaku dirinya soleh dan solehah
tetapi selalu merasa dirinya masih kurang menjalankan perintah Allah


Kerana ini adalah satu pahala untuk menyedarkan
sesiapa yang masih dalam mimpi, moga -moga amalan kita diterima Tuhan
dan yang paling pasti sebelum kita menuding jari ke arah orang sebaliknya
kita perlu muhasabah diri sendiri, kerana jari yang 1 ini apabila ditunding
ke arah orang akan berbalik kepada kita dengan berganda

Sunday, December 7, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...

TO ALL MUSLIM

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..SEMOGA DENGAN AIDILADHA INI MEMBAWA PENUH PENGERTIAN BAGI KITA SEBAGAI SEORANG MUSLIM...BANYAK YANG KITA BOLEH PELAJARI DAN HAYATI DENGAN SAMBUTAN HARI RAYA KORBAN INI...

APA YANG PENTING BAGI UMAT DI ERA BARU INI IALAH SENTIASA MENGINGATI APA ITU PENGORBANAN..UMAT ZAMAN SEKARANG SUDAH SEMAKIN KURANG MENGETAHUI SEJARAH ATAUPUN PERISTIWA YANG BERLAKU PADA HARI RAYA QURBAN..ADAPUN KORBAN YANG DI LAKUKAN ADALAH PENGORBANAN YANG SENTIASA MENGHARAPKAN BALASAN SEGERA...ADAKAH ITU YANG DI MAKSUDKAN PENGORBANAN?...UMAT SEKARANG SEMAKIN RAKUS DENGAN KEBENDAAN SEHINGGA LUPA UNTUK MELAKUKAN AMAL JARIAH SERTA KEIKHLASAN DALAM MEMBERI..SEMUANYA MENGHARAPKAN POPULARITI DAN BUKANNYA KEIKHLASAN..TIDAKKAH MEREKA TAHU BAHAWA PENGORBANAN YANG DILAKUKAN DENGAN IKHLAS AKAN MEMBUAHKAN PAHALA YANG BERLIPAT GANDA SEPERTI MANA YANG DI JANJIKAN OLEH ALLAH..

OLEH ITU, MARILAH KITA HAYATI SEDALAM-DALAM NYA PERISTIWA QURBAN DAN SENTIASA IKHLAS DALAM MELAKUKAN SESUATU HANYA KERANA ALLAH SWT...MOGA-MOGA DENGAN IBADAH KORBAN YANG DI LAKUKAN MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH SWT...AMIN...

Friday, December 5, 2008

LOVE U MAK.....


HARI TOK 5 DISEMBER...TARIKH YANG KU INGATI SETIAP TAHUN..TARIKH LAHIR ARWAH MAK KU HJH SHARIFAH HAMDIAH TKU SHUKRAN..BERBEZA DENGAN TAHUN TOK, SUNYI JAK RASA BILA DAH BIASA CELEBRATE TIAP2 TAHUN TIBA2 XDA JAK TAHUN TOK...RASA GILAK KEHILANGAN MAK KU YANG KU SAYANGI SELALU..

MUN SALU DAH 1 WEEEK B4 DAH PLANNING MOK CELEBRATE BIRTHDAY MAK AKU...TAHUN TOK TEK SIKDA BUNYI PA2 JAK, JUST SEBUT JAK "HARI TOK TEK BEDAY MAK KOH"...PILU JAK RASA HATI BILA MENGENANG DAH XDA ORG TUA LAGI....RASA KEHILANGAN SEGALA2NYA...XDA TEMPAT UNTUK BERGANTUNG HARAP GIK...MUN ADA ORG TUA DI UMAH SENANG SIKIT MOK MINTAK PENDAPAT DAN DAPAT JUAK PAKEI BERLOYAR..TEMPAT MENCURAH PERASAAN..SEDIH EHH..

BILA DUDUK SORANG2, SIK SANGKA DIRIK TOK DAH JADI YATIM PIATU,XDA MAK NGN ABAH GIK...ALULAH BERCUCURAN AIR MATA BILA NGENANG MAK NGN ABAH...ALANGKAH BAIKNYA MUN NYA DUAK2 YA ADA OHH..TENTU BANGGA NANGGAR ANAK2NYA SEMUA DAH BERJAYA..BERKAT USAH DAN DIDIKAN YANG SEMPURNA DRPD MAK NGN ABAH...MUNGKIN TOK RASA HATI ANAK BONGSU OHH...DI TINGGAL DALAM USIA YANG MUDA...MCM TERKAPAI2 JAK BILA DI TINGGAL MAK MCM YA JAK..MUNGKIN ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA...ALLAH DAH ATUR SEGALA2NYA....

LEPAS TOK SEMUANYA KENA BERDIKARI...MUNGKIN TOK SBB ALLAH MOK TUNJUK..SURUH AKU BERDIKARI...SEKARANG TOK AKU DAH SIKIT2 MULA TAU APA ITU KEHIDUPAN..INSYAALLAH AKU DPT MENGHARUNGI SEMUA DEANGAN SOKONGAN DRPD ORG SEKELILING AKU YANG AKU TAHU SIDAK SAYANG NGN AKU..

UNTUK MAK..ROZIAH AKAN JADI YANG TERBAIK SEPERTI YANG DI IDAM2KAN MAK BAPAK LAIN...ROZIAH AAKAN SENTIASA INGAT PESAN MAK,TEGURAN MAK OK...DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK ROZIAH UNTUK MENGHARUNGI KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN CABARAN,DUGAAN DAN RINTANGAN...

MAK,SAYANG KITAK SGT2...MOGA MAK DILETAKKAN BERSAMA ORG2 SOLEHAN..AMIN...LOVE U MAK...MISS U SO MUCH...