Sunday, June 14, 2009

apa nak jadi...

aku baca suratkhabar hari ini mengenai perasmian Kempen Penurunan Harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Syarikat Jasmin Jawahar di Lebuh India yang dirasmikan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman pada semalam 14 Jun 2009..apa yang buat aku tergerak hati untuk menulis blog ini adalah untuk menyatakan bahawa kenaikan harga barang sekarang telah menyebabkan banyak pihak terutama golongan berpendapatan rendah yang hanya bergantung kepada gaji harian ataupun kurang daripada RM 500 sebulan.

apa yang dapat kita lihat, mereka juga perlu membeli keperluan harian seperti beras, gula, sayur-sayur dan makanan lain untuk menampung makanan seharian untuk keluarga mereka. Aku berasa sedih dengan apa yang berlaku sekarang,para peniaga yang senang lenang menaikkan harga sudah berpesta dengan keuntungan yang mereka dapat setelah harga yang di jual melebihi harga asal...sedangkan mereka yang susah sedang bersedih dengan wang mereka yang semakin hari semakin sedikit...sanggupkah kita melihat rakyat kita sendiri jadi begini???di mana letaknya keperikemanusiaan yang ada pada diri kita??

aku mengharapkan pihak berwajib segera,pantas dan cepat bertindak bagi membendung pesta kenaikan harga barang yang semakin berleluasa. jangan dibiarkan rakyat menderita.....laungan Perdana Menteri patut direalisasikan iaitu "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"....jangan ambil ringan perkara sebegini...pihak yang bertanggungjawab wajib turun padang bagi menyaksikan sendiri pesta kenaikan harga barang ini...bekerjalah untuk rakyat bagi merealisasikan impian PM...

No comments: