Sunday, June 14, 2009

apa nak jadi...

aku baca suratkhabar hari ini mengenai perasmian Kempen Penurunan Harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Syarikat Jasmin Jawahar di Lebuh India yang dirasmikan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman pada semalam 14 Jun 2009..apa yang buat aku tergerak hati untuk menulis blog ini adalah untuk menyatakan bahawa kenaikan harga barang sekarang telah menyebabkan banyak pihak terutama golongan berpendapatan rendah yang hanya bergantung kepada gaji harian ataupun kurang daripada RM 500 sebulan.

apa yang dapat kita lihat, mereka juga perlu membeli keperluan harian seperti beras, gula, sayur-sayur dan makanan lain untuk menampung makanan seharian untuk keluarga mereka. Aku berasa sedih dengan apa yang berlaku sekarang,para peniaga yang senang lenang menaikkan harga sudah berpesta dengan keuntungan yang mereka dapat setelah harga yang di jual melebihi harga asal...sedangkan mereka yang susah sedang bersedih dengan wang mereka yang semakin hari semakin sedikit...sanggupkah kita melihat rakyat kita sendiri jadi begini???di mana letaknya keperikemanusiaan yang ada pada diri kita??

aku mengharapkan pihak berwajib segera,pantas dan cepat bertindak bagi membendung pesta kenaikan harga barang yang semakin berleluasa. jangan dibiarkan rakyat menderita.....laungan Perdana Menteri patut direalisasikan iaitu "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"....jangan ambil ringan perkara sebegini...pihak yang bertanggungjawab wajib turun padang bagi menyaksikan sendiri pesta kenaikan harga barang ini...bekerjalah untuk rakyat bagi merealisasikan impian PM...

Tuesday, January 6, 2009

MERENUNG KEMBALI....

Apabila kita melihat keadaan ataupun persekitaran kita sekarang, sudah pupus budaya ataupun amalan-amalan orang lama yang penuh dengan sopan santun serta berbudi pekerti. Sebaliknya budaya barat yang merosakkan semakin menghakis remaja-remaja sekarang.

Bila saya membaca renungan(Siapa kita di mata Allah), jelas menunjukkan bahawa terang-terang masyarakat sekarang sudah lari landasan sebenarnya tujuan kita di jadikan Allah di muka bumi ini. Sebaliknya masyarakat sekarang lebih mementingkan duniawi semata-mata tanpa mempedulikan akhirat. Setiap perbuatan yang di buat mengharapkan balasa segera semata-mata tanpa ada niat ikhlas yang memuncak sebaliknya niat untuk menunjuk-nunjuk dan meminta balasan yang memuncak menutupi niat ikhlas.

Benarlah,apa yang terjadi sekarang kita tidak boleh menuding jari ke arah satu pihak sebaliknya kita tenung diri kita sendiri sama ada sudah cukup kuat kubu pertahanan kita untuk melindungi ahli keluarga kita dunia yang penuh dengan pancaroba. Marilah kita sama-sama beringat dan mempertahankan kubu keluarga kita dari segala pancaroba dunia ini. Sama-sama kita berdoa semoga kita sendiri dan ahli keluarga kita di jauh dari segala maksiat dan sentiasa berada di bawah payung rahmat dan lindingan daripada Allah SWT. AMIN....

SIAPA KITA DI MATA ALLAH

Orang yang cantik, tidak akan mengaku dirinya cantik
tetapi selalu merasa dirinya perlu banyak bersyukur
kerana kekuasaan Allah

Orang yang baik, tidak akan mengaku dirinya baik
tetapi selalu merasa dirinya perlu banyak melakukan
kebaikan (pahala)

Orang yang bijak, tidak akan mengaku dirinya bijak
tetapi selalu merasa dirinya perlu banyak belajar
dan boleh berkongsi ilmu sesama insan

Orang yang bersedekah, tidak akan mengaku dirinya bersedekah
tetapi selalu merasa dirinya perlu banyak beramal soleh
agar sedekahnya di terima tuhan

Orang yang ikhlas, tidak akan mengaku dirinya ikhlas
tetapi selalu merasa hanya Allah yang boleh menilai
segala keihklasannya

DAN YANG PALING PASTI

Orang yang soleh dan solehah, tidak akan mengaku dirinya soleh dan solehah
tetapi selalu merasa dirinya masih kurang menjalankan perintah Allah


Kerana ini adalah satu pahala untuk menyedarkan
sesiapa yang masih dalam mimpi, moga -moga amalan kita diterima Tuhan
dan yang paling pasti sebelum kita menuding jari ke arah orang sebaliknya
kita perlu muhasabah diri sendiri, kerana jari yang 1 ini apabila ditunding
ke arah orang akan berbalik kepada kita dengan berganda