Monday, December 1, 2008

JIKA KAMU.....

Jika kamu memancing ikan,
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu,
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air,
begitu sahaja kerana ia akan sakit,
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu,
dan mungkin ia akan menderita selagi hidup.
Begitulah juga,
setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang,
setelah dia mula menyayangimu,
hendaklah kamu menjaga hatinya,
janganlah sesekali meninggalkannya begitu sahaja,
kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya,
selagi dia mampu mengingatimu………
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya,
dan jangan mengharap ia terlalu teguh,
cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila ia sekali retak,
tentu sukar bagimu untuk menampalnya semula,
akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya,
mungkin ia masih boleh digunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
terimalah seadanya,
janganlah kamu terlalu mengaguminya,
dan janganlah kamu menganggapnya terlalu istimewa,
anggaplah dia manusia biasa,
apabila dia sekali melakukan kesilapan,
bukan mudah bagi kamu menerimanya,
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya,
sedangkan jika kamu memaafkannya,
boleh jadi hubungan kamu berterusan hingga ke akhirnya……
Jika kamu memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik bagi dirimu…mengenyangkan, berkhasiat,
mengapa kamu berlengah untuk mencari makanan yang lain,
terlalu ingin mengejar kelazatan,
kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seseorang insan,
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu,
menyayangimu, mengasihimu,
mengapa kamu berlengah cuba membandingkan yang lain,
terlalu mengejar kesempurnaan,
kelak kamu akan kehilangannya,
pabila dia menjadi milik orang lain kamu akan menyesal………
Hargailah insan yang kamu sayangi kerana sesungguhnya dia juga sangat
menyayangimu…

No comments: