Tuesday, December 2, 2008

MINYAK TURUN LAGI TAPI.......

Hari tok tek harga runcit petrol dan diesel turun 10 sen lagi , iaitu penurunan kali keenam sejak harga bahan api itu dinaikkan berikutan penyusunan semula subsidi minyak pada 5 Jun lalu jadi petrol RON97 kini dijual pada harga RM1.90 seliter berbanding RM2.00 seliter sebelum tok, manakala harga runcit petrol RON92 dan diesel diturunkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter. Penurunan ya sekali gus memperlihatkan harga runcit petrol RON97 di pasaran kini lebih rendah berbanding RM1.92 seliter iaitu paras sebelum ia dinaikkan sebanyak 78 sen kepada RM2.70 pada Jun lalu..
Apa yang menjadi persoalan nya kinek tok, kerajaan dah buat terbaik untuk rakyat dengan penurunan harga minyak tok akan tetapi harga barang sampingan masih juak mahal. Mun kitak orang pegi sine2 kedei mesti kitakorg perasan eh,harga barang makin mahal..boh kata kat pasaraya,dekat kampung jak dah nampak gilak sidak peniaga tok mengaut keuntungan berlebihan. Ada sigek kedei kat kampung mekorg, nya jual mee maggi(semua perisa) dengan harga RM1...Apa pikir kitak org?bukan cekik darah nama ya..terkejut dengar bila anak buah mek padah harga mee meggi ya tek seringgit...mula2 sik cayak bila di suruh nya beli sikda baki lalu duit mek tek...
Dalam kes kedak tok,ada juak peniaga yang pengempang yang sanggup jual barang mahal ngn org kampung yang sedia kala susah juak. Sine tuju otak sidak tok yang hanya duit jak kat mata sidak nya...
Ingat2lah wahai peniaga, Jangan terlalu tamak, Allah maha adil. Dalam sekelip mata jak Allah boleh membalas segala perbuatan yang kitakorg buat...Berubahlah awal2,jadilah peniaga yang jujur..InsyaAllah rezeki akan bertambah-tambah mun kita polah perniagaan secara jujur..

No comments: